K X . X K ?
@ 6 ^ 0
" ■ # "
P B E P C D a i X \ C 3 /
_nJ
B S 3T O
Perpustakaan Awam Daerah Besut mula beroperasi
kepada orang ramai pada Mac 1981 di sebuah
bangunan kecil milik Majlis Perbandaran Besut.
Memandangkan penggunaan perpustakaan mendapat
sambutan yang begitu menggalakkan, Kerajaan
Negeri telah mengambil keputusan untuk membina
sebuah bangunan perpustakaan baru yang lebih
lengkap dan selesa bagi kegunaan masyarakat sekitar
daerah Besut. Hasilnya, pada bulan Oktober 1987,
perpustakaan ini telah dipindahkan ke sebuah tapak
baru berhampiran jalan utama kira-kira 1 km daripada
tapak asal. Setelah segala persiapan selesai dibuat,
perpustakaan ini telah memulakan perkhidmatannya
kepada orang ramai secara rasmi pada Januari 1988.
Pada tanggal 7 Mei 1992, perpustakaan ini telah
dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri
Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar
Terengganu pada ketika itu.
Perpustakaan Awam Daerah Besut yang terletak di dalam
kawasan pentadbiran Pejabat Daerah Besut adalah
merupakan lokasi yang strategik dan mudah untuk
dikunjungi oleh komuniti setempat. Lokasinya yang hanya
kira-kira 10 km dari pusat bandar Jerteh, dilingkungi oleh
beberapa pusat pendidikan utama seperti Institut Perguruan
Sultan Mizan, Maktab Rendah Sains Mara Kota Putera,
Maktab Rendah Sains Mara Besut, Sekolah Menengah
Teknik Besut dan Sekolah Menengah IMTIAZ Besut.
V
a
B ®
o
0
V