Page 25 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

Info Rangkaian
IP M E J lP im D IM C m M
Bagi mengekalkan khazanah warisan kesenian Melayu, Perpustakaan Awam Daerah Marang telah mengambil
inisiatif dengan menganjurkan satu pertandingan melibatkan permainan tradisional iaitu permainan membuat
wau. lanya telah diadakan pada 14 April 2012 bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang.
Pertandingan ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari telah disertai seramai
40 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa. Melalui pertandingan ini bukan sahaja dapat
mencungkil bakat baru dikalangan peserta tetapi juga dapat menyemai sikap menghargai khazanah warisan
bangsa agar ianya tidak luput ditelan zaman.
Berbakat...peserta cilik membuat wau
PROGRAM NILAM
m m m m A m m m
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara,
Marang telah menganjurkan Program Nilam pada 25 Mac
2012. NILAM adalah ringkasan daripada “Nadi llmu
Amalan Membaca” dan pelaksanaan program ini adalah
untuk mendorong dan menyuburkan budaya membaca di
kalangan pelajar. Sehubungan itu, Perpustakaan Awam
Daerah Marang telah dijemput dalam Majlis Perasmian
Program Nilam tersebut yang dirasmikan oleh Penolong
Pegawai Perpustakaan Awam Daerah Marang iaitu Encik
Mohamad NorAladin bin Husin. Selain itu, Perpustakaan
Awam Daerah Marang turut mengadakan pameran
perkhidmatan perpustakaan, pendaftaran keahlian serta
peraduan teka muka surat buku.
Jan-Jun
2012