Info Rangkaian
PERTANDINGAN BERCERITA
i i j i i u i j u i f i
2 !j- i2
Sempena Maulidur Rasul 1433H, Perpustakaan Awam Daerah Dungun telah mengadakan Pertandingan
Bercerita Kisah Nabi pada 11 Februari 2012. Penyertaan terdiri daripada kanak-kanak Tahap II yang disertai
oleh 20 orang peserta. Program ini bertujuan menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul di samping
memupuk kesedaran kanak-kanak berkenaan kisah Rasulullah S.A.W. Pertandingan ini juga wajar
dianjurkan pada setiap tahun untuk memberi peluang kepada pelajar menyertai aktiviti-aktiviti luar yang
menjadi teras dalam membentuk jiwa dan semangat cintakan agama dalam diri pelajar.
Program Jom Sihat yang julung kali dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Daerah Dungun dengan
kerjasama Perpustakaan Desa PNM Zon 10 telah mendapat sambutan yang begitu menggalakan daripada
warga Dungun. Penganjuran program Jom Sihat ini telah telah berupaya merealisasikan objektifnya untuk
mewujudkan masyarakat yang mempunyai ketahanan dan jati diri dari aspek fizikal, emosi, mental serta
rohani. Selain daripada meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan, program ini juga
menjurus ke arah memastikan masyarakat di daerah Dungun lebih sihat dan sejahtera. Program Jom Sihat
yang berlangsung pada 7 Mac 2012 ini diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Dungun.
Pengunjung yang hadir juga dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan sepanjang
program berlangsung. Antara aktiviti yang diadakan adalah Senamrobik, Pertandingan Mewarna dan
Pameran Kesihatan.
Jan-Jun
2012