Page 40 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

Info Rangkaian
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengiktiraf Hari Buku dan Hakcipta Sedunia pada 23 April
setiap tahun bagi mempromosikan budaya membaca, penerbitan dan juga menghormati hakcipta. Dalam usalia
untuk melaliirkan masyarakat yang berilmu dan berpengetaliuan tinggi, Perpustakaan Awam Daerali (PAD) Setiu
turut terlibat dalam menganjurkan beberapa aktiviti menarik sepanjang berlangsungnya program Sambutan Hari
Buku Dan Hakcipta Sedunia Program ini telah diadakan pada pada 28 April 2012 bertempat di PAD Setiu. Antara
aktiviti yang diadakan iaiah pertandingan dart (lelaki dewasa), pertandingan congkak (wanita dewasa), pertandingan
silangkata berpasangan, Spell It Right (Tahap 2), Music Chair (Pra Sekolah, Tahap 1 dan wanita dewasa), keluarga
paling aktif dan pertandingan meneka jumlah buku. Segala aktiviti yang diadakan ini bertujuan untuk memupuk tabiat
membaca secara berterusan di kalangan masyarakat terutama generasi muda.
Sempena Hari Buku dan HakCipta Sedunia 2012, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan
pelbagai aktiviti pada 28 April 2012. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna kanak-kanak,
pertandingan mewarna kategori pendidikan khas, pertandingan melukis dan mewarna remaja, pertandingan literasi
maklumat bersumberkan Net Book,"English Corner", peraduan teka muka surat buku, pertandingan gubahan tuala,
menganyam ketupat dan pertandingan makan buah tembikai. Antara Agensi yang terlibat dalam gerai pameran
adalah Agensi Dadah Kebangsaan, Politeknik, Akademi Binaan Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
manakala gerai jualan pula terdiri daripada majalah kuntum dan persatuan penjaja. Kedatangan pengunjung pada
hari tersebut adalah seramai 1,350 orang. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Hadi bin Mamat
mewakili Pegawai Daerah Hulu Terengganu.
'J
L i ,
f
Jan-Jun
2012