Page 42 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

Info Kelab & Sukan
lilLvbyiuiitii
Uiii Itiliumui ItidnL' SuLnu
Avi-mu
ViSili l l i j ih i^ Ktvid Z l l t Z
Z C i t 4
Bertempat di Dewan Teater Perpustakaan Awam Negeri
Terengganu, Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kelab Sukan
&
Kebajikan
Perbadanan
Perpustakaan Awam
Terengganu (PERPAT) Kali Ke-9 bag! sesi 2012-2014
telah diadakan pada 10 Mei 2012 yang lalu. Mesyuarat
yang dirasmikan oleh Pengarah PPAT, Puan Hajah Nor
Akmal binti Abdul Fatah selaku Penasihat PERPAT ini
telah dihadiri oleh hampir kesemua warga PPAT termasuk
daripada perpustakaan desa, pekan dan daerah.
Sebelum mesyuarat bersidang, Encik Muhaisham bin
Ibrahim selaku Pengerusi Kelab telah memberikan
ucapan alu-aluan dan membentangkan beberapa aktiviti
dan kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Kelab
sepanjang sesi 2010-2012. Beliau juga telah menyentuh
akan perihal pentingnya permuafakatan di dalam
menjayakan aktiviti kelab dan berharap dengan suntikan
semangat dari pihak pengurusan PPAT, pihak Kelab akan
terus maju dan mampu menjayakan setiap aktiviti yang
dirancang bagi manfaat semua ahli.
Beliau seterusnya memaklumkan kepada hadirin
mengenai perlunya ada perubahan dalam pucuk
pimpinan kelab bagi memastikan kelab sentiasa muncul
dengan idea dan aktiviti yang baru. Sejurus selesai
ucapan alu-aluan, Penasihat Kelab tampil memberi
amanat beliau dan merasmikan Mesyuarat.
Di dalam Mesyuarat Agung kali ini, beberapa aktiviti
yang dijalankan sepanjang tahun 2010-2012 yang lalu
telah dibentangkan oleh Setiausaha Kelab, Encik Kamal
Afif bin Rameli dan laporan kewangan telah
dibentangkan oleh Bendahari PERPAT Puan Zahani binti
Ibrahim. Selesai mesyuarat, majlis diteruskan dengan
acara Cabutan Bertuah yang menyaksikan kesemua
yang hadir menerima hadiah masing-masing.
Jan-Jun
2012