Info Aktiviti
Pesta Buku Negeri Terengganu 2012 telah diadakan pada
tanggal 23 hingga 25 Febrauari 2012 yang lalu. Program
anjuran Kerajaan Negeri Terengganu ini telah dijayakan
dengan kerjasama PPAT dan Jabatan Pelajaran Negeri
Terengganu. Majlis pelancarannya telah disempurnakan
oleh Y.B. Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi
Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains &
Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu yang
mewakili Menteri Besar Terengganu, Y.A.B. Dato’ Seri Haji
Ahmad bin Said. Pesta Buku kali ini telah mengambil tema
”Temanku...buku”. Selain daripada pameran dan jualan
bahan-bahan bacaan, Pesta Buku pada kali ini telah
memuatkan pelbagai aktiviti menarik kepada para
pengunjung antaranya Sepetang Bersama Penulis Ombak
Rindu-Fauziah Ashari, Riang Ria Bersama Adik Nur
Fathiah (Boboi Boy), Sejenak Bersama Kartunis Ubi,
Sembang Pagi Bersama Amin Idris, Bicara Karya Penulis
Terengganu serta rangkaian pertandingan seperti Info
Race, Meneka Muka Surat Buku,
Jigsaw Puzzle
serta
Melukis dan Mewarna yang melibatkan penyertaan
daripada pelajar-pelajar pra sekolah, sekolah rendah dan
menengah sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.
Jan-Jun
2012