Page 60 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

Info Pembangunan
MULA BEROPERASI
Setelah melalui beberapa fasa dalam pembinaannya, Perpustakaan Awam Daerah Setiu mula memberi
perkhidmatannya secara rasmi kepada orang ramai pada tanggal 28 April 2012 yang lalu bersempena sambutan
Hari Buku dan Hakcipta Sedunia yang jatuh pada 23 April setiap tahun. Bangunan dua tingkat ini dilengkapi dengan
segala kemudahan asas sebuah perpustakaan dan ia turut mempunyai sebuah dewan serbaguna bagi kemudahan
petugas menjalankan aktiviti selain dibuka untuk penyewaan bagi komuniti setempat. Penduduk sekitar Daerah
Setiu yang selama ini berkunjung ke bangunan perpustakaan lama yang agak uzurdan sempit kini boleh berbangga
apabila hasrat mereka untuk melihat sebuah bangunan perpustakaan baru yang lebih selesa di kawasan mereka
berjaya direalisasikan. Dengan terbinanya mercu tanda keilmuan yang baru ini, ianya diharap dapat memacu
komuniti setempat ke arah pembentukan generasi yang berilmu dan berpengetahuan sekaligus meneruskan visi
PPAT sebagai
’Peneraju Perkhidmatan Perpustakaan Yang Terunggul’.
Jan-Jun
2012