K I . X K ?
K X . I K ?
6 6 ^ 0
0
m
:27/
x
\
Q
i l J
Perpustakaan Awam Daerah Dungun (PADD) telah
diambil alih daripada Majlis Daerah Dungun
(sebelumnya dikenali sebagai Jumaah Bandaran
Dungun) yang terletak di sebuah bangunan bekas
Pasar Kampung Molek milik Kerajaan Negeri. Pada
tahun 1983, PADD telah berpindah ke bangunan baru
yang terletak di Jalan Tembesu, Dungun dan mula
beroperasi pada tahun yang sama. Walau bagaimana
pun, bangunan yang berukuran kira-kira 2,000 kaki
persegi ini menpunyai keluasan yang amatterhad bagi
menampung keperluan bahan bacaan dan orang
ramai.
Menyedari hakikat ini, Perbadanan Perpustakaan
Awam Terengganu (PPAT) telah membuat keputusan
mecari sebuah tapak baru yang lebih luas dan
strategik untuk didirikan sebuah
bangunan
perpustakaan yang baru. Hasilnya, sebuah tapak baru
berkeluasan kira-kira 6,113.02 meter (
1>2
ekar) telah
dikenalpasti di Jalan Merbok dan kerja-kerja
pembinaannya telah dimulakan pada bulan Januari
1991. Pada bulan Oktober 1993, bangunan ini
akhirnya telah slap dibina dan dilengkapi dengan
segala kelengkapan dan kemudahan asas sebuah
perpustakaan. Bangunan yang menelan kos sebanyak
RM 2.7 juta ini mempunyai keluasan lantai kira-kira
1,969 meter persegi. Bangunan ini kemudiannya telah
dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amar Diraja, Tan Sri
Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri besar
Terengganu.