Page 22 - SALAM JAN JUN 2013

Basic HTML Version

Info Rangkaian
O
Program
iM f l l iM f if l]
i s m
Pada 4 April 2013, Perpustakaan Awam Daerah Hulu
Terengganu telah menyertai Program Hari Pencegahan
Kanser dan Hari Terbuka Klinik Kesihatan Kuala Berang,
Hulu Terengganu. Pada hari tersebut, Perpustakaan Awam
Daerah Hulu Terengganu telah menyediakan pelbagai aktiviti
yang menarik seperti Pertandingan Dam Ular Berpasangan,
Pertandingan Dart, Inspirasi P-Ramlee dan Meneka
Mukasurat Buku. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai
Daerah Hulu Terengganu iaitu Yang Berbahagia Dato' Haji
Wan Mohd Bin Wan Ibrahim yang turut sudi Menyampaikan
hadiah kepada pemenang.
Abtiviti GalabGuna 2013
Perpustakaan Desa Jeram Manir
& Perpustakaan Desa Jeram Tepoh
Pekan Budaya
Daerah Marang
2013
Tanggal 22 Mac hingga 28 Mac 2013 Perpustakaan
Awam Daerah Marang telah menyertai pameran
sempena sambutan Pekan Budaya Daerah Marang
2013. Perasmian Pekan Budaya Daerah Marang 2013
telah disempurnakan oleh Tuan Haji A. Rahman bin Che
Ali iaitu Pegawai Daerah Marang merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Pengeloia Pekan Budaya 2013
bertempat di Dataran Pantai Peranginan Keluiut,
Marang. Majlis turut dihadiri oleh Dato’ Abdul Rahman
bin Bakar, Pegawai Pembangunan Parlimen Marang
dan juga Ketua-Ketua Jabatan sekitar Daerah Marang.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Dam
Gergasi, Permainan
Puzzle &
Teka Muka Surat Buku.
Sambutan diberikan oleh penduduk setempat amatlah
menggalakkan.
Pada 23 April 2013 bertempat di Perpustakaan Desa
Jeram Tepoh, seramai 41 orang peserta TABIKA KEMAS
telah menyertai satu Aktiviti GalakGuna 2013 dengan
kerjasama JKKK Kg. Jeram Tepoh, Perpustakaan Desa
Jeram Manir dan Jeram Tepoh, TABIKA KEMAS Jeram
Tepoh dan TABIKA KEMAS Jeram Manir. Pelbagai
aktiviti telah dijalankan bersama adik-adik KEMAS
seperti Pertandingan Mewarna, Bercerita, Kraftangan
Origami dan Pertandingan Dam Ular Gergasi. Majlis
penutup dan penyampaian hadiah telah disampaikan
oleh JKKK Kg. Jeram, Tepoh iaitu En. Mohd Zailani b. Hj.
Abd. Rahman dan Cik Aminah Ali, Ketua Bahagian
Rangkaian Perpustakaan PPAT
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu