Page 24 - SALAM JAN JUN 2013

Basic HTML Version

Info Rangkaian
Lawatan "4LJ2C" pelajar
Pendidikan Khas
SIVIK Sultan Ismail
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah menerima
lawatan pada 24 April 2013 (Rabu), daripada pelajar
Pendidikan Khas SIVIK Sultan Ismail, SMK Cheneh Baru
dan SK Ibok, Kemaman di bawah “ Program 4U2C “ yang
diadakan setiap bulan dengan kerjasama Pejabat
Pelajaran Daerah Kemaman. Seramai 61 orang pelajar
bersama 12 orang guru pengiring mengikuti lawatan
pada bulan ini. Pelbagai aktivltl telah diadakan antaranya
persembahan boneka oleh pelajar, sesi karaoke, kuiz
dan sesi kraftangan. Aktiviti lawatan pada hari ini dimulai
dengan sesi memanaskan badan dengan senaman lagu
“Oppa Gangnam Style". Kemudian aktiviti diteruskan
dengan persembahan boneka oleh pelajar-pelajar, kuiz
dan sesi kraftangan.
(7^ Sambutan
^ Hari Buku danHakCiptaSedunia
C/5
P a d a 27 April 2013, bersempena dengan Sambutan
Hari Buku dan HakCipta Sedunia 2013, Perpustakaan
Awam Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan
beberapa aktiviti sampingan bagi menarik minat
golongan kanak-kanak hadir ke perpustakaan
sekaligus menjadikan buku sebagai teman membaca.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah bercerita
bersama Kak Tie, Pertandingan Puzzle, Pertandingan
Menampal Poster Kulit Buku dan Pertandingan
Membina Perkataan daripada ayat yang telah
disediakan iaitu ‘Perpustakaan dan Keluarga Paling
Aktif Meminjam Buku’ . Program ini telah mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada 120 orang
kanak-kanak.
O
f c i r
.
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu