Page 29 - SALAM JAN JUN 2013

Basic HTML Version

Info Rangkaian
[E)aDin]QCD
Perpustakaan Awam Pekan Jerteh telah mengadakan
satu Pameran Lukisan Dakwah Islamiyah bersempena
dengan sambutan Maulidur Rasul bulan kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w 1434H/2013. Pameran ini diadakan
sepanjang bulan Rabiul Awal 1434H. lanya adalah
bertujuan untuk menyampaikan dakwah kepada orang
ramai melalui watak lukisan kartun yang menarik dan
bersahaja. Di samping itu, lukisan ini juga mengandungi
pelbagai unsur-unsur dakwah seperti solat, aurat wanita,
sunnah Nabi, taubat, soal hukum haram dan sebagainya.
Pameran ini sekaligus dapat menarik minat semua
peringkat umur pengguna daripada kanak-kanak hingga
dewasa.
©
C/5
O
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan satu program berbentuk kerohanian iaitu Ceramah Agama
kepada semua warga kerja Perpustakaan Awam Daerah Kemaman pada 9 Januari 2013 bertempat di Dewan llmu.
Penceramah yang dijemput iaiah Ustaz Hafiz bin Kamaruddin dari Pejabat Agama Daerah Kemaman. Program ini adalah
bertujuan bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam mengukuhkan aspek kerohanian dalam diri semua kakitangan untuk
meningkatkan lagi prestasi kerja dan menjalin hubungan ukhuwah sesama warga perpustakaan. Program ini disertai seramai
31 orang yang terdiri daripada kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Kemaman, Perpustakaan Desa Negeri dan
Perpustakaan Desa dibawah Perpustakaan Negara Malaysia.
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
trglib.gov.my