Page 35 - SALAM JAN JUN 2013

Basic HTML Version

Bertempat di Pusat Bahasa Terengganu, Program
Bahasa Inggeris Pasca- SPM 2013 telah diadakan
pada 13 Januari hingga 28 Februari 2013. Program
dibawah kendalian Pusat Bahasa Terengganu ini
telah disertai oleh seramai 90 orang pelajar dari
sekolah menengah sekitar Bandaraya Kuala
Terengganu. Antara lain, program ini bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada pelajar terlibat agar
dapat menguasai Bahasa Inggeris degan lebih balk
disamping memanfaatkan masa lapang yang
terluang. Program ini telah dikendalikan oleh tenaga
pengajar yang berkaliber dan berpengalaman dan
modul-modul pembelajarannya adalah sama dengan
program yang telah dijalankan sebelum ini. Majlis
Perasmian
Penutup
Program
ini
telah
disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Tun
Ahmad Faisal bin Tun Abd. Razak, Timbalan
Pengarah (Sektoral) Unit Perancang Ekonomi
Negeri (UPEN) yang mewakili Pengarah UPEN Yang
Berbahagia Dato’ Haji Mat Razali bin Kassim. Selain
daripada pelajar dan warga PPAT, majlis ini turut
diserikan dengan kehadiran para ibubapa peserta
yang mengambil bahagian. Selain daripada
penyampaian sijil, majlis ini turut disajikan dengan
beberapa persembahan menarik dalam Bahasa
Inggeris oleh pelajar-pelajar berkenaan.
PROGRAM BAHASA INGGERIS INTENSIF
PASCA SPM
2013
13 Januari - 28 Februari 2013
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
trglib.gov.my