Page 39 - SALAM JAN JUN 2013

Basic HTML Version

Info Aktiviti
HADIAH BULANAN PINJAMAN BUKUTERBANYAK
Da lam usaha memupuk minat membaca di kalangan
masyarakat, PPAT telah melancarkan sumbangan hadiah
bulanan bagi pinjaman buku terbanyak bagi kategori
dewasa dan kanak-kanak mulai bulan Mac hingga
Disember 2013. Usaha ini adalain antara langkali-langkah
awal PPAT bagi mendekatkan masyarakat pelbagai
peringkat umur dan latar belakang pendidikan dengan ilmu
pengetahuan menerusi amalan membaca. Bagi bulan IVIac
2013, pemenang bagi kategori dewasa telah diungguli oleh
Encik Mohamad Faizan bin Kamari dari Kampung Teluk
Ketapang dan pasangannya Puan Fazlina binti Abd.
Rahman manakala bagi kategori kanak-kanak telah
dimenangi oleh adik Nur Izzah Faqihah binti Mohamad
Faizan dan adik Nur Umairah Fasihah binti Mohamad
Faizan yang merupakan anak-anak kepada pasangan
tersebut. Pemenang bagi kategori dewasa menerima
hadiah berupa barangan elektrik sumbangan Syarikat DNA
Mas Trading dan kategori kanak-kanak berjaya membawa
pulang hadiah berupa hamper sumbangan PPAT.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah
disempurnakan oleh Puan Hajah Nor Akmal binti Abd.
Fatah, Pengarah PPAT pada tanggal 3 April 2013
bertempat di Ruang Legar Perpustakaan Awam Negeri
Terengganu. Turut hadir pada majlis tersebut adalah
pegawal-pegawal PPAT dan wakil syarikat D’na Mas
Trading, Encik Mohd Daud bin Abd. Jalll.
....
f i