Page 5 - SALAM JAN JUN 2013

Basic HTML Version

Salam
Ketua Pengarang
Assalamualaikum w.b.t dan Salam IMalaysia.
Rasanya belum terlewat untuk saya dan barisan redaksi
SALAM untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru buat
semua pembaca yang setia. Syukur ke hadrat Allah s.w.t
kerana dengan limpah izin dan rahmatnya kita bertemu lag!
pada edisi kali ini.
Tahun 2012 telah meninggalkan kita dengan seribu
peristiwa pahit manis yang pastinya lebih mendewasakan
kita dalam menempuh cabaran yang mendatang.
Alhamdulillah, walaupun sibuk dengan rutin tugas harian,
SALAM edisi Januari-Jun 2013 berjaya juga diterbitkan bag!
memaparkan peristiwa dan aktiviti yang telah dijalankan di
PPAT untuk tatapan kita bersama.
Tahun 2013 telah dimulakan dengan
beberapa
aktiviti-aktiviti galakguna perpustakaan yang berjaya
menarik perhatian pengguna. Aktiviti-aktiviti seperti Hadiah
Peminjam Buku Terbanyak, Pameran Petronas Smart
Street, Program MUET, Kempen Pengecualian Denda,
Eksplorasi Alam Mendekati Dunia Reptilia dan Iain-lain
telah mendapat sambutan yang memberangsangkan
daripada pengunjung yang datang ke perpustakaan. Selain
daripada itu, orang ramai juga boleh berhubung dan saling
bertukar-tukar pendapat, cadangan atau komen mengenai
PPAT melalui laman sosial Facebook PPAT yang telah
diperkenalkan pada awal April yang lalu.
Selain daripada itu, PPAT yang diwakili oleh Kumpulan KIK
READ telah berjaya menggondol Anugerah Emas bagi
kategori teknikal sempena Mini Convention On Team
Excellence Wilayah Pantai Timur 2013 anjuran Malaysia
Productivity Corporation (MPC) Wilayah Pantai Timur.
Konvensyen selama sehari ini telah diadakan di Primula
Beach Hotel, Kuala Terengganu pada 28 Mac 2013.
Seramai 18 pasukan yang terdiri daripada jabatan-jabatan
kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi dan juga
syarikat-syarikatswasta telah menyertai konvensyen ini dan
bersaing merebut kejuaraan dalam 2 kategori yang
dipertandingkan iaitu kategori pengurusan dan juga
teknikal. Kejayaan ini amat bermakna buat PPAT kerana
pada tahun lalu, sebuah lagi kumpulan KIK PPAT iaitu
Smart Layer telah berjaya menjadi johan Konvensyen KIK
Perpustakaan SeMalaysia ke-4 2012 dan naib johan pada
Konvensyen KIK Peringkat Negeri Terengganu 2012.
Syabas dan tahniah diucapkan.
Adalah menjadi harapan agar rentetan kejayaan ini dapat
diteruskan bagi memastikan PPAT akan sentiasa cemerlang
dan unggul di hadapan dalam
membina sebuah
masyarakat yang berilmu selaras dengan hasrat pucuk
pimpinan tertinggi negeri untuk menjadikan Terengganu
sebagai ’Negeri Anjung llmu’ . Hingga bertemu di lain
keluaran, ’Hiasi D i r i , Hiasi Peribadi’ . Wassalam.
©
C/5
O
MUHAISHAM BIN IBRAHIM
Ketua Pengarang
Sidang Redaksi SALAM