Page 7 - SALAM JAN JUN 2013

Basic HTML Version

m m
M l
m
Info Pengurusan
m
Bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman,
telah dilangsungkan Majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu pada 30
April 2013. Majlis Penyampaian Anugerah ini telah
disempurnakankan
oleh
Menteri
Besar
Terengganu, Y.A.B. Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said.
PPAT turut berbangga apabila salah seorang
daripada warga kerjanya iaitu Puan Rohayah Binti
Yahya,
Ketua
Bahagian
Perkhidmatan
Perpustakaan dan Maklumat PPAT telah terpilih
sebagai penerima anugerah tersebut. Beliau
bersama 50 orang penjawat awam lain telah
menerima hadiah wang tunai, sijil dan pakej
menunaikan fardu haji sumbangan daripada
Kerajaan Negeri Terengganu. Warga kerja PPAT
mengucapkan sekalung tahniah kepada beliau
diatas kejayaan tersebut dan mengharapkan agar
ianya menjadi inspirasi kepada warga PPAT yang
lain bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada khalayak umum.
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu