Page 13 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Pengurusan
Salam Januari - Jun 2014
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ^
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2014
I
Bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, telah dilangsungkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat
Negeri Terengganu pada 22 Mei 2014. Majlis penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu,
Y.A.B. Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman. PPAT turut berbangga apabila salah seorang daripada warga kerjanya iaitu
Puan Noraizam binti Yahya, Penolong Akauntan, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu telah terpilih sebagai penerima
anugerah tersebut. Beliau bersama 50 orang penjawat awam lain telah menerima hadiah wang tunai, sijil dan pakej
menunaikan fardu haji sumbangan daripada Kerajaan Negeri Terengganu. Warga kerja PPAT mengucapkan sekalung tahniah
kepada beliau diatas kejayaan tersebut dan mengharapkan agar ianya menjadi inspirasi kepada warga PPAT yang lain bagi
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada khalayak umum.
salam
09