Page 36 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Aktiviti
Salam Januari - Jun 2014
Hari Buku dan Hakcipta Sedunia yang disambut masyarakat seluruh dunia pada 23 April setiap tahun adalah merupakan
hari yang ditunggu-tunggu oleh para pencinta ilmu kerana pada hari tersebut, pelbagai kegiatan dan aktiviti yang berkait
rapat dengan buku, hakcipta intelek dan budaya membaca disambut secara serentak dan besar-besaran. PPAT turut
tidak ketinggalan untuk meraikan hari tersebut dengan menganjurkannya pada 10 dan 11 Mei 2014 dengan kerjasama
dengan pihak UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.
Antara aktiviti yang diadakan pada sambutan kali ini adalah Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Seminar, Ceramah
Kerjaya, Pertandingan ‘Info-Hunt’ dan tidak ketinggalan pameran-pameran berkaitan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia,
Fakulti Pengurusan maklumat dan “Home Library”. Pertandingan Mewarna yang diadakan pada 10 Mei 2014 telah
dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap I dan Tahap II. Hadiah kepada para pemenang utama adalah basikal yang
disumbangkan oleh pihak penaja.
Manakala pada hari kedua iaitu 11 Mei 2014 telah diadakan satu seminar iaitu Seminar Melestarikan Budaya
Membaca Melalui Perpustakaan. Pada sesi kali ini, 2 tokoh terkemuka telah diundang untuk membicarakan topik yang
berkaitan iaitu Prof. Madya Dr. Hajah Norasiah binti Haji Harun, Timbalan Dekan Akademik Fakulti Pengurusan
Maklumat UiTM dan YM Sayed Munawar bin Sayed Mustar, tokoh pengacara rancangan televisyen RTM.
Seminar yang berobjektifkan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dikalangan masyarakat setempat ini
telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Haji Mohd Yasim bin Awang, Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Bahagian
Pengurusan). Serentak dengan majlis seminar tersebut, turut diadakan Ceramah Kerjaya bertajuk ‘Membina Kerjaya
Sebagai Profesional Maklumat* oleh Dr.Wan Abdul Kadir bin Wan Dollah, pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat,
UiTM dan telah dihadiri oleh para pelajar sekolah menengah dari sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu. Selain
daripada itu, pertandingan ‘Info-Hunt’ yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah turut dijalankan bagi memeriahkan lagi
karnival Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2014 ini.
OICEDSD
l
B
GraBBeaaaa,
salam
32