Page 38 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Aktiviti
Salam Januari - Jun 2014
Pada 22 April 2014, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah menyertai Program Mari Membaca Bersama
Selama 10 Minit yang diadakan secara serentak di seluruh negara. Program ini melibatkan seramai 230 orang murid
daripada Tabika Perpaduan Negeri Terengganu, Tabika KEMAS, Pra Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan
Yayasan Islam Negeri Terengganu. Antara aktiviti sampingan yang turut diadakan adalah Sesi Bercerita Bersama Kak Na
PPAT dan “ice breaking” melalui tarian “chicken dance” . Program ini merupakan inisiatif MPAM yang diinspirasikan
daripada sambutan “Earth Hour” yang meminta penduduk dibumi memadamkan lampu selama sejam. Program ini
bertujuan menggerakkan semangat membaca dalam kalangan masyarakat khususnya di negara kita. Walaupun program
tersebut diadakan pada 22 April sahaja namun masyarakat diharap dapat menjadikan buku sebagai wadah perjuangan
dan meneruskan budaya membaca.
salam
34