Page 20 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

^ Info Rangkaion Perpustakaon
B
B
RWS MIWN■ B E-R-B UJSiTA
N
H M M B U N G
@ @ il^G 9 ©
Majlis Perasmian
Perpustakaan
Desa
Kampung Getang telah diadakan pada hari
Rabu, 11 November 2009. Majlis yang
bermula pada pukul 11.00 pagi ini telah
disempurnakan perasmiannya oleh Y.B Tuan
Haji Nawawi bin Ismail, Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Kuala Berang,
Hulu Terengganu. Seramai 250 orang para
jemputan yang terd iri daripada agensi
kerajaan serta penduduk tempatan telah
datang bagi menceriakan lagi majlis ini.
Tujuan perasmian ini diadakan adalah untuk
mendedahkan kepada penduduk kampung
tentang kemudahan bahan bacaan dan
perkhidmatan
yang
terdapat
di
Perpustakaan Desa selain menarik lebih
ramai
pengunjung
untuk datang
ke
perpustakaan. Aktiviti-aktiviti sampingan
seperti Pertandingan Melukis dan Mewarna
Kanak-Kanak Pra-Sekolah dan Tahap 1,
Pertandingan Gubahan Hantaran Tuala dan
Cabutan Bertuah
turut diadakan bagi
memeriahkan lagi majlis perasmian ini.
Satu segmen istimewa iaitu Deklamasi Puisi
oleh Encik Ibrahim bin Mohd Taib atau lebih
dikenali sebagai 'Ibrahim Orang Ulu' turut
disajikan kepada para tetamu. Beliau
adalah merupakan Pengerusi Kesenian
Orang Hulu (KEULU). Puisi beliau yang
berjudul 'Berkunjung ke Perpustakaan'telah
berjaya mencuit hati tetamu yang hadir
apab ila telah dideklamasikan didalam
loghat Daerah Hulu Terengganu.