Page 23 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

Setelah
mengadakan
beberapa
sesi
perasmian perpustakaan desa sebelum ini,
PPAT
telah
mengakhirinya
dengan
perasmian Perpustakaan Desa Kuala Abang
yang diadakan pada 17 November 2009
yang lalu. Perasmian Perpustakaan Desa
yang terakh ir pada tahun 2009 ini telah
disempurnakan perasmiannya oleh Yang
Berhormat Datuk Haji Mohd Za 'abar bin
Dato'
Haji
Mohd
Ad ib,
Pengerusi
Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Negeri merangkap
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
kawasan Rantau Abang.
Pelbagai aktiviti dan acara sampingan
seperti Pertandingan Gubahan Sejadah,
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak serta
Cabutan Bertuah untuk penduduk setempat
telah diadakan bagi memeriahkan lagi
majlis yang berlangsung mulai jam 11.15
pagi
ini.
Didalam
ucapan
perasmiannya,Yang Berhormat Datuk Haji
Mohd Za 'abar telah berterima kasih kepada
pihak
pengurusan
PPAT yang
telah
bertungkus
lumus
membangunkan
perkhidmatan perpustakaan desa yang
dijelmakan
melalui
projek
khas
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Menurut beliau lagi, usaha ini wajar
diteruskan bagi memastikan warga desa
tidak terp ingg ir mendapatkan keperluan
maklumat dan pembacaan mereka. Majlis
ini kemudiannya telah diakh iri dengan sesi
lawatan ke Perpustakaan Desa terbabit.