Page 31 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

^ Info Aktiviti
PUAN SAKISASAMORIKEMBALI
BERSAMA BENGKEL TEKNIK BERCERITA UNTUK KANAK-KANAK
I
ada tanggal 13 Oktober 2009 yang lalu, Puan Saki Sasamori
pakar pembimbing kanak-kanak telah kembali mengendalikan
Bengkel Teknik Bercerita Untuk Kanak-Kanak Sesi II sempena
Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 di Dewan Serbaguna
Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Bengkel yang diadakan
dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah
Timur ini telah disertai seramai 30 orang warga kerja PPAT dan 10
orang tetamu jemputan dari Yayasan Islam Terengganu. Bengkel
yang selama satu hari ini telah dimulakan pada jam 8.30 pagi dan
berakhir pada jam 5.00 petang.
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MEMBACA 1 MALAYSIA 2009
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
r PAT telah mengadakan pameran
serta membuka kaunter Pendaftaran
Keahlian sempena Program Membaca
1 Malaysia 2009 Peringkat Negeri
Terengganu dan Pelancaran Buku
Anak Terengganu Cemerlang di
Sekolah
Kebangsaan
Kompleks
Seberang Takir, Kuala Terengganu
pada 29 Oktober 2009. Majlis
perasmiannya telah disempurnakan
oleh YB Encik Ahmad Razif bin Abdul
Rahman, Pengerusi Jawatankuasa
Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains &
Teknologi dan Sumber Manusia
Negeri
merangkap
Pengerusi
Perbadanan
Perpustakaan
Awam
Terengganu.