Page 37 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

Pada tanggal 7 Oktober 2009, PPAT telah
menerima kunjungan Pengarah dan pegawai
dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
(PPAS). Lawatan selama sehari ini bertujuan
untuk meninjau perkembangan perkhidmatan
di PPAT disamping mengeratkan hubungan
silaturrahim dan ukhwah diantara kedua-dua
buah perpustakaan. Ahli rombongan telah
disambut dengan ucapan alu-aluan oleh
Pengarah PPAT, Puan Hajah Nor Akmal binti
Abdul Fatah dan sejurus selepas itu ahli
rombongan dipertontonkan dengan tayangan
video korporat PPAT .
LAWATAN
PENGARAH DAN PEGAWAI
m M A
[ gl
m m
m
Di dalam majlis ini, Puan Hajah Nor Akmal
juga sempat memberi taklimat ringkas
mengenai perkembangan perkhidmatan di
PPAT dan disusuli dengan taklimat mengenai
'Barcode dan Lokasi Penempatan Bahan' serta
' Colour Coding System untuk nombor
panggilan' yang disampaikan oleh Cik Aminah
binti Ali, Ketua Bahagian Pengurusan dan
Pembangunan Koleksi. Acara lawatan diakhiri
dengan lawatan ke bahagian-bahagian di
Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.