Page 39 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

PENCE6AHAN KEBAKAMN »AN
lATIHAN MEN66UNAKAN «B U N «
PEMA»AM API
Pada 3 September 2009 telah diadakan satu
sesi
mengenai
Taklimat
Pencegahan
Kebakaran dan Latihan Menggunakan Tabung
Pemadam Api kepada warga kerja PPAT.
Program yang dianjurkan bersama oleh PPAT
dan Syarikat UDA Daya Urus ini telah dibantu
oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri
Terengganu.
Sesi
Taklimat
Pencegahan
Kebakaran telah diadakan di Bilik Seminar,
Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan
telah disampaikan oleh Encik Amin bin Ismail,
Eksekutif Kanan UDA Daya Urus. Warga kerja
PPAT seterusnya diberi penerangan tentang
cara dan kaedah yang betui mengendalikan
peralatan pemadam api oleh Encik Rani bin
Harun, Ketua Unit Latihan Kebakaran Bomba
Negeri Terengganu. Sejurus selepas tamat
kedua-dua sesi tersebut, satu demonstrasi
penggunaan tabung pemadam api telah
diadakan di perkarangan Perpustakaan Awam
Negeri Terengganu. Dengan adanya taklimat
dan demonstrasi pencegahan kebakaran ini,
ianya merupakan satu pendedahan yang baik
bagi setiap warga PPAT dalam menangani
ancaman kebakaran sekiranya ia berlaku.
Ianya juga penting bagi memastikan setiap
warga kerja PPAT sentiasa bersedia dan berada
dalam keadaan siap siaga sekiranya berlaku
sebarang kejadian yang tidak diingini.