Page 5 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

A
lam
Ketua Pengarang
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana kita dapat bertemu
kembali dalam keluaran kedua SALAM edisi Julai- Disember 2009. Dengan terbitnya
keluaran terbaru ini, SALAM telah muncul sebanyak tiga kali bermula dengan Edisi Khas
2008. Sesungguhnya kami Sidang Redaksi SALAM merasa amat bangga kerana SALAM
kini telah mempunyai pengikutnya sendiri dan amat dinantikan kemunculannya oleh
seluruh warga PPAT dan juga orang luar. Terima kasih diatas sokongan semua. Tugas
kami kini terasa semakin berat kerana kami bukan sahaja perlu memastikan SALAM
dapat diterbitkan pada masa yang ditetapkan bahkan dalam masa yang sama terpaksa
juga mengharungi tugas rutin di pejabat. Walau bagaimanapun, semua itu kami anggap
sebagai cabaran yang perlu kami hadapi bagi memastikan SALAM terus bertebaran
dan mampu menyalurkan maklumatnya kepada anda semua.
Tahun 2009 juga telah sampai ke penghujungnya. SALAM edisi Julai-Disember 2009 ini
banyak menfokuskan mengenai pelbagai aktiviti dan peristiwa yang telah diharungi oleh
warga PPAT bersama para pengguna perpustakaan. Antaranya iaiah kursus dan bengkel
yang dianjurkan secara berkala oleh PPAT, aktiviti-aktiviti Kelab Sukan, Perasmian
Perpustakaan Desa, Pameran dan juga aktiviti-aktiviti Galakguna Perpustakaan yang
dianjurkan sempena Musim Cuti Persekolahan Akhir Tahun.
Setelah mengharungi 2009 dengan jayanya, PPAT kini berdepan dengan tugas yang lebih
berat bagi memastikan segala usaha gigih sebelum ini berkesinambungan dan
meneruskan rentak yang lebih cemerlang untuk tahun 2010. Ini adalah kerana liputan
Buletin SALAM ini bergantung sepenuhnya kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
PPAT. Sekiranya perancangan aktiviti tidak dirancang dengan rapi bagi tahun 2010,
maka SALAM juga akan kekurangan bahan untuk diterbitkan dan dikongsi bersama
dengan masyarakat umum. Oleh itu, tanggungjawab ini perlulah didokong bersama
dan setiap v\/arga PPAT seharusnya menanam tekad untuk meningkatkan lagi usaha dan
sumbangan mereka ke arah yang lebih baik bagi memastikan kecemerlangan yang
berterusan.
Sekian dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan penerbitan SALAM ini
sepanjang tahun 2009. Akhir kata, ceriakanlah diri dan jangan lupa 'senyum sokmo'
walau dimana anda berada.
Muhaisham Ibrahim