Page 18 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN PERPUSTAKAAN
Peraduan Mewarna Kelab Nuri Bank Rakyat Cawangan Dungun dengan
kerjasama Perpustakaan Awam Daerah Dungun telah diadakan pada
17 Julai 2011 bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Dungun.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang ini
telah disertai oleh 600 kanak-kanak yang di bahagikan kepada
tiga kategori iaitu kanak-kanak berusia 4,5 dan 6 tahun, 7,8 dan
9 tahun serta 10,11 dan 12 tahun. Selain daripada peraduan
mewarna, pihak penganjur juga mengadakan pertandingan
Bank and Book Hunt khusus bagi pasangan ibu bapa yang
datang menemani anak masing-masing. Beberapa agensi
kerajaan juga ter liba t mengadakan pameran antaranya
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia
(PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan Klinik
Pergigian yang telah menyediakan pemeriksaan
gig i secara percuma pada hari tersebut. Acara
penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh
,
Pegawai Pelajaran Daerah Dungun dan
Pengurus Bank Rakyat Cawangan Dungun.
Salam
Jufai-DisemBer