Page 5 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

SALAM KETLA PENGARANG
o
Assalamualaikum w.b.t dan Salam IMa lays ia.
Bertemu kembali kita di lembaran SALAM edisi Julai D lsem b ^ 2011. Tanpa s ^ a r , hampir
separuh tahun 2011 telah berjaya kita harungi dan SALAM kini kembali memaparkan
perjalanan dan diari aktiviti warga kerja PPAT meniti hari ke penghujung tahun. Sepanjang
enam bulan terakh ir ini, pastinya kalendar PPAT kembali disusun setelah sebulan
mengendurkan aktivitinya bagi menghormati kedatangan Ramadhan dan Syawal yang baru
berlalu meninggalkan kita.
Sebagaimana lazimnya, suasana penghujung tahun ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti
galakguna perpustakaan bagi memastikan para pengguna perpustakaan akan terus setia
dan berkunjung ke perpustakaan bagi memenuhi tuntutan ilmiah dan rekreasi mereka di
hujung minggu atau cuti persekolahan. Selain daripada aktiviti di Perpustakaan Awam
Negeri, Perpustakaan Awam Daerah di seluruh pelusuk Terengganu juga kini gigih
menjalankan aktiviti mereka bagi memastikan mereka boleh seiring dan tidak jauh
ketinggalan dari Perpustakaan Awam Negeri.
PPAT juga kini telah mula meletakkan sasaran KPI di Perpustakaan Awam Negeri dan
seluruh rangkaiannya sebagai tanda aras yang perlu dicapai bagi menjamin adanya
kesinambungan terhadap peningkatan perangkaan pengunjung, keahlian dan pinjaman
seperti yang telah dicapai sebelum ini. Walau bagaimanapun, bagi merealisasikannya
ianya memerlukan kerjasama dari semua pihak dan setiap warga kerja PPAT walau di mana
mereka berada perlulah meningkatkan prestasi didalam tugasan mereka untuk mencapai
hasrat yang dicita-citakan ini. Pengemblengan tenaga dan fokus terhadap kerjaya akan
mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan warga kerja dan seterusnya menyumbang
ke arah kecemerlangan dan kejayaan yang berterusan.
Adalah d iharapkan agar rentetan kejayaan dalam penganjuran aktiviti-aktiviti
perpustakaan ini dapat diteruskan hingga ke penghujung tahun 2011 berpandukan Pelan
Strategik PPAT 2010-2015 yang mana hala tujunya menjadikan PPAT sebagai Peneraju
Perkhidmatan Perpustakaan Yang Terunggul. Hingga bertemu di lain keluaran. 'Hiasi D i r i j -
Hiasi Peribadi'. Wassalam.
_
MUHAISHAM BIN IBRAHIM
Ketua Pengarang
Sidang Redaksi SALAM
Salam
JuCai-Disem0er,