Page 12 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO PENGURUSAN
P a d a 7 Julai 2012, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menerima kunjungan daripada
kakitangan Perpustakaan Tun seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu seramai 6 orang
pustakawan dan 32 orang pembantu perpustakaan. Lawatan Penandaarasan ini bertujuan untuk berkongsi
pengalaman dan maklumat dengan PPAT dalam bidang kepustakawanan. Pelawat telah tiba pada pukul 9.30
pagi dan disambut oleh para pegawai dan kakitangan PPAT dan kemudian peserta telah dibawa untuk
menikmati minum pagi. Selesai acara minum pagi, sesi taklimat berkaitan dengan perkhidmatan dan
kemudahan yang terdapat di PPAT telah diadakan di Makmal Bahasa. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan
Rohayah Yahya, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Dan Maklumat. Sesi pengenalan ini telah
berlangsung selama 2 jam dan dturut disertai dengan sesi soal jawab oleh para peserta. Para peserta kemudian
telah dibawa melawat kebeberapa bahagian di PPAT seperti Kaunter Utama, Bahagian Kanak-Kanak, Bahagian
Pinjaman Dewasa, Bahagian Multimedia, Unit Koleksi Tempatan dan Bahagian Rujukan. Selesai aktiviti
tersebut, peserta sekali lagi dijemput untuk makan tengahari dan diikuti dengan sesi penyampaian cenderamata
kepada semua para peserta. Diakhir lawatan para peserta telah bergambar beramai-ramai untuk
kenang-kenangan.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
08