Page 2 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

m
'^ ( ^ u a a k a im A
m w
/
i
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu
(PADHT) nnerupakan perpustakaan awam daerah yang
keempat ditubuhkan oleh Perbadanan Perpustakaan
Awam
Terengganu
(PPAT).
la
memulakan
perkhidmatannya kepada orang ramai pada tahun
1984. Bangunan perpustakaan yang disewa dari
Yayasan Islam Terengganu ini hanya berkeluasan
kira-kira 40 x 10 kaki sahaja dan hanya mampu
menampung bilangan pengunjung dan koleksi bahan
yang amat terhad. Memandangkan penggunaan
perpustakaan mendapat sambutan yang begitu
menggalakkan, Kerajaan Negeri melalui PPAT telah
mengambil keputusan untuk membina sebuah
bangunan perpustakaan baru yang lebih lengkap dan
selesa bagi kegunaan masyarakat sekitar daerah Hulu
Terengganu.
Akhirnya impian komuniti sekitar untuk memiliki
sebuah bangunan perpustakaan baru berjaya
direalisasikan apabila PADHT telah berpindah ke lokasi
baru di Jalan Kampung Buluh pada tahun 1989. Tapak
keluasan bagi bangunan baru ini melebihi 2,000 meter
persegi dan mendapat sambutan yang amat
menggalakkan sejurus perkhidmatannya dibuka
kepada orang ramai pada tahun yang sama.
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu yang
terletak di dalam kawasan pentadbiran Pejabat Daerah
Hulu Terengganu adalah merupakan lokasi yang
strategik dan mudah untuk dikunjungi oleh komuniti
setempat. Lokasinya yang terletak berhampiran
dengan pusat bandar Hulu Terengganu telah berjaya
membantu komuniti setempat mendapatkan keperluan
maklumat dan pembacaan mereka.