Page 5 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

SALAM KETUA PENGARANG
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.
Bersua kembali kita di dada SALAM edisi Julai - Disember
2012. Sedar atau tidak, kini telah hampir separuh
perjalanan tahun 2012 telah berjaya diharungi dan kita kini
kembali berada dilandasan kerjaya bagi meneruskan lagi
perjalanan aktiviti hingga ke penghujung tahun.
Sebagaimana lazimnya, suasana penghujung tahun ini
akan diisi dengan pelbagai aktiviti galakguna perpustakaan
bagi memastikan para pengguna perpustakaan akan terus
setia dan berkunjung ke perpustakaan bagi memenuhi
tuntutan ilmiah dan rekreasi mereka di hujung minggu atau
cuti persekolahan. Selain daripada aktiviti di Perpustakaan
Awam Negeri, Perpustakaan Awam Daerah di seluruh
pelusuk Terengganu juga turut gigih menjalankan aktiviti
mereka bagi memastikan mereka boleh seiring dan tidak
jauh ketinggalan daripada Perpustakaan Awam Negeri.
Antara aktiviti-aktiviti yang sering dan sentiasa dianjurkan
antaranya iaiah kursus atau bengkel secara berkala bagi
warga kerja dan juga pengguna PPAT, aktiviti-aktiviti Kelab
Sukan, pameran dan juga aktiviti-aktiviti Galakguna
Perpustakaan yang dianjurkan sempena Musim Cuti
Persekolahan Akhir Tahun.
PPAT kini telah mengorak langkah ke arah persijilan
MS-ISO 9001:2008 bagi memastikan ia mempunyai satu
sistem kualiti yang terbaik dalam perkhidmatannya. lanya
juga dapat menyumbang ke arah peningkatan mutu kerja
yang lebih balk dan semangat kerja berpasukan yang lebih
berkomitmen dan tersusun. Namun ini bukanlah satu tugas
yang mudah, bahkan ia perlulah didokong bersama bagi
memastikan kecemerlangan yang berterusan.
Selain daripada itu, PPAT juga telah berjaya menganjurkan
Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia 2012 yang
diadakan pada 18 hingga 19 September 2012 yang lalu.
Penganjuran Konvensyen ini dilihat satu kejayaan besar buat
PPAT kerana ianya bukan sahaja dapat menjana idea-idea
kreatif kesemua pasukan yang bertanding bahkan dapat
mencetuskan
inovasi
baru
dalam
perkhidmatan
perpustakaan.
Adalah diharapkan agar rentetan kejayaan dalam
penganjuran aktiviti-aktiviti perpustakaan ini dapat diteruskan
hingga ke penghujung tahun 2012. berpandukan Pelan
Strategik PPAT 2010-2015 yang mana hala tujunya
menjadikan
PPAT sebagai
Peneraju
Perkhidmatan
Perpustakaan Yang Terunggul. Hingga bertemu di lain
keluaran. ’Hiasi D ir i, Hiasi Peribadi’ . Wassalam.
MUHAISHAM BIN IBRAHIM
Ketua Pengarang
Sidang Redaksi SALAM
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
01