Page 57 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO AKTIVITI
Pada tanggal 23 Oktober 2012, Kedutaan Amerika Syarikat
dengan kerjasama PPAT telah mengadakan Pameran Foto
Sempena 50 Tahun Program Peace Corps di Malaysia bertempat
di Ruang Legar PANT. Majlis perasmiannya telah disempurnakan
oleh YBhg. Tuan Haji Tun Faisal bin Tun Abd. Razak yang
mewakili Y.A.B Menteri Besar Terengganu dan TY.T Duta Amerika
Syarikat Ke Malaysia, Paul W. Jones. Foto-foto yang dipamerkan
adalah rentetan pengalaman suka duka para sukarelawan
Amerika Syarikat yang menabur bakti, tenaga dan kemahiran di
bum! Malaysia daiam bidang pertanian, pendidikan dan teknologi
sekitar tahun 60an, 70an dan 80an. Di samping itu, ringkasan
aktiviti English Teaching Assistants (ETAs) yang dilaksanakan di
negeri Terengganu, Pahang dan Johor pada masa ini turut
dipamerkan.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012