Page 60 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO PEMBANGUNAN
PD SUNGAI SERAI BAKAL BEROPERASI Dl BANGUNAN BAHARU
Setelah beroperasi hampir 15 tahun, PD Sungai Serai, Marang bakal beroperasi di bangunan baharu apabila
sebuah bangunan terbiar berdekatan bangunan asal telah diubahsuai dan dibangunkan semula. Bangunan milik
JKKK ini telah siap diubahsuai sepenuhnya dan bakal memberi khidmat kepada komuniti setempat sejurus
kerja-kerja perpindahan selesai dijalankan. Bangunan baharu yang lengkap dengan prasarana ini diharapkan dapat
memberi lebih keselesaan kepada petugas dan warga komuniti untuk menikmati kemudahan pinjaman buku
ditempat mereka.
PD MATANG DAN SEBERANG PINTASAN BAKAL BERUBAHWAJAH
Masyarakat
pengguna sekitar Kampung
Matang, Hulu Terengganu dan Kampung
Seberang Pintasan, Dungun bakal memperolehi
sebuah perpustakaan desa yang baharu bagi
memenuhi keperluan maklumatdan pembacaan
mereka apabila perancangan mengenainya kini
sedang
giat
diusahakan.
Penggantian
bangunan dua buah perpustakaan desa ini
terpaksa dibuat bagi menggantikan bangunan
perpustakaan lama yang tidak lagi selamat,
sempit dan tidak mempunyai ruang yang cukup
bagi menampung pertambahan bahan-bahan
bacaan. Semoga dengan terbinanya bangunan
baharu bagi kedua-dua perpustakaan ini,
seluruh
warga
komuniti
akan
dapat
menjadikannya sebagai satu tempat untuk
beriadah dan menimba ilmu pengetahuan
sekaligus menonjolkannya sebagai simbol
intelektual di kalangan warga desa.
Slulut lt@
perpuslakaun
desa
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
56