Page 18 - SALAM JUL-DIS 2014
P. 18
INFO RANGKAIAN Salam Julai-Disember 2014
DEMONSTRASI MEMBUAT POPIA NESTUM
Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 2014, Tekun...proses menyediakan bahan-bahan
Perpustakaan Awam Pekan Jerteh telah
mengendalikan Demonstrasi Membuat Popia
Nestum pada 23 Julai 2014. Demonstrasi ini diadakan
bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan
Hari Raya Aidilfitri disamping merapatkan lagi
hubungan kakitangan perpustakaan dengan
masyarakat sekeliling. Demonstrasi diadakan oleh
kakitangan perpustakaan ini bertujuan mengajar
pengguna menyediakan biskut dengan cara
yang senang. Peserta juga diajar mengenai
cara penyediaan bahan-bahan dan cara yang
betul untuk menggulung popia. Popia nestum
yang telah siap diagihkan kepada peserta.
MAJLIS PERTANDINGAN
SAMBUTAN HARI NYANYIAN LAGU-LAGU
PATRIOTIK
RAYA AIDILFITRI
2014
Perpustakaan Awam Pekan Jerteh telah
mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya
Aidilfitri pada 21 Ogos 2014. Majlis yang
bermula pada pukul 10.00 pagi ini diadakan
bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan
silaturahim antara kakitangan perpustakaan
dengan masyarakat sekeliling. Antara menu
yang disediakan ialah Nasi Kerabu, Bihun,
Soto Ayam, Mee Kari, Nasi Himpit, Ketupat,
Tapir & Kuih Muih seperti Karipap, Puding Roti,
Puding Triffle, Kek Coklat dan sebagainya.
Buah-buahan tempatan juga disediakan
seperti Manggis, Rambutan dan Duku. Majlis
berjalan dalam suasana yang sangat meriah.
Sempena sambutan bulan kemerdekaan yang
ke-57, Perpustakaan Awam Pekan Jerteh telah
menganjurkan Pertandingan Nyanyian Lagu-
Lagu Patriotik pada 8 September 2014, Pertandingan
ini bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam
dikalangan kanak-kanak dalam menyampaikan
lagu-lagu berunsurkan patriotik disamping menanam
semangat dan rasa cintakan negara dalam diri
mereka. Pertandingan disertai oleh 30 orang kanak-
kanak tadika dari 6 buah tadika sekitar Bandar Jerteh.
Antara lagu yang dipertandingkan ialah Warisan,
Inilah Barisan Kita, Jalur Gemilang dan Keranamu
Malaysia.
Salam 14

