Page 8 - SALAM JUL-DIS 2014
P. 8
INFO PENGURUSAN Salam Julai-Disember 2014
Festival Sains Teknologi Inovasi (FeSTI)
Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dengan
usahasama Kerajaan Negeri melalui Unit
Inovasi dan Modenisasi telah mengadakan
Festival Sains Teknologi Inovasi (FeSTI) pada tanggal
27 hingga 30 Ogos 2014 bertempat di Taman
Tamadun Islam. Seramai 4 orang kakitangan PPAT
berpeluang menghadiri ke Perasmian FeSTI yang
telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Haji Mohd Zubir bin
Embong mewakili Y.A.B. Menteri Besar Terengganu.
FeSTI pada kali ini menampilkan pengisian yang
lebih menarik seperti Pameran Interaktif, Kolokium
Robotik, Mencanting Batik, Simulator 3D, Cakap-
Cakap Sains, Sukan Rakyat dan Dome Planetarium.
BULETIN SALAM
MENANG ANUGERAH
Bersempena dengan pengisytiharan Bulan
Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan,
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah
Timur telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan
Bahasa Kebangsaan (BBK) 2014 Peringkat Negeri
Kelantan pada 15 Oktober 2014. Majlis ini telah
diadakan di ruang legar KB Mall Kota Bahru dan
telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan
Negeri Kelantan yang mewakili YAB Ustaz Dato’
Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.
Selain daripada majlis pelancaran, turut diadakan
ialah penyampaian hadiah bagi Anugerah Citra
Majalah Sekolah Menengah Peringkat Wilayah Timur
2014 dan Hadiah Suar Bahasa Peringkat Wilayah
Timur 2014. Buletin Salam telah mencatat sejarah
apabila berjaya mendapat tempat kedua Kategori
Penerbitan bagi Hadiah Suar Bahasa yang merangkul
sebuah piala, hadiah wang tunai sebanyak RM
700.00 dan sijil penghargaan. Kejayaan ini adalah
merupakan satu kejutan kerana buletin SALAM yang
baru saja menyertai pertandingan yang dianjurkan
ini dan kejayaan ini adalah hasil usaha semua pihak
yang tidak jemu menyalur maklumat dan sentiasa
menyokong penerbitan buletin ini. Sejurus selesai
penyampaian hadiah kepada pemenang, majlis
diteruskan dengan ceramah berkaitan bahasa oleh
tokoh bahasa dan sastera yang disegani iaitu Dr. Lim
Swee Tin dan disusuli dengan lafaz ikrar “Sumpah Setia
Bahasa†oleh wakil-wakil jabatan yang dijemput.
Salam 4