ePerjawatan@PPAT
1 Bangsa 1 Bahasa
Bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu dan Perpustakaan Negara Malaysia Zon Empat, Terengganu telah menganjurkan satu program iaitu Satu Bangsa Satu Bahasa pada 14 Oktober 2013 yang lalu. Program ini telah melibatkan seramai 120 orang peserta daripada pelajar tingkatan tiga sekolah berkenaan. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan antaranya Gaya Peribahasa, Merekacipta Bunting 'Utamakan Bahasa Kebangsaan Kita', Mesej Berantai, Sambungkan Slogan dan Deklamasi Sajak Orang Hulu.