Info Pengurusan
Lawatan ke British Library telah diadakan pada hari
ketiga dan pihak PPM telah pun mendapatkan lawatan
berpandu bagi mengetahui tentang latarbelakang serta
pengurusan perpustakaan berkenaan. British Library
telah ditubuhkan dalan tahun 1998 setelah dipisahkan
daripada British Museum dan terletak di Charing Cross,
London. Bangunan nya mempunyai enam aras dengan
dua daripadanya dibawah tanah. Ruang bacaan boleh
memuatkan seramai 1,500 orang pengguna pada
satu-satu masa.
British Library berperanan seperti Perpustakaan
Negara Malaysia di negara kita iaitu menjadi pusat
repositori untuk semua bahan yang dikeluarkan diUnited
Kingdom. Salah satu koleksi utama yang mereka miliki
iaiah Koleksi King George III yang dipamerkan dalam
galeri King’s Library. Terdapat banyak manuskrip lama
yang dipamerkan secara elektronik dan boleh dilihat oleh
orang awam tanpa menyentuh naskhah asal.
Penggunaan teknologi maklumat sangatlah luas
termasuk sistem mengenal pasti bahan dilokasi
simpanan dan mengedarkan nya kepada pengguna.
Perpustakaan ini dilengkapi dengan sistem keselamatan
dan pengurusan yang canggih menjangkau keperluan
dimasa hadapan. Sebahagian besar pengguna
merupakan penyelidik-penyelidik, ahli-ahli akademik dan
pelajar-pelajar universiti.
Bl^
ir u
Jan-Jun
2012