Page 9 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

Info Pengurusan
m m m m m . m m
im m
im m t
Pada 15 hingga 20 April 2012 yang lalu dua orang ahli lembaga dan tiga orang pegawai Perbadanan
Perpustakaan Awam Terengganu telah menyertai lawatan ke London Book Fair dan British L ib ra ry l jfo n i
England anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia(PPM). Senarai peserta iaiah seperti berikut;
Y. Bhg. Dato’ Haji AIwi bin Muhammad
Y.M Tuan Syed Mohd Nor bin Tuan Long
Pn Hjh. NorAkmal binti Abd. Fatah
Cik Aminah binti All
Pn. Rohayah binti Yahya
Ahli Lembaga PPAT
Ahli Lembaga PPAT
Pengarah PPAT
Pustakawan
Pustakawan
[ L © 5^E)(Q)[M
London Book Fair telah diadakan selama tiga hari iaitu
pada 16-18 April bertempat di Earl’s Court Exibition
Center, London. Pesta buku berkenaan adalah berbeza
dengan pesta buku-pesta buku yang diadakan dinegara
atau di negeri kita dimana ia bukan untukjualan kepada
orang ramai. Sebaliknya pesta berkenaan lebih kepada
pameran penerbitan-penerbitan baru daripada seluruh
dunia dan terdiri daripada bahan-bahan ilmiah serta
berprofil tinggi.
Pengunjung-pengunjung terdiri daripada golongan
professional dan juga pengedar dan pembekal buku.
Bayaran masuk dikenakan sebanyak 10 Pound Sterling
bagi pustakawan manakala 30 Pound bagi golongan lain.
Suasana di dewan pameran adalah tenang dan bilangan
pengunjung pada setiap masa bersesuaian dengan ruang
yang disediakan.
Bahan-bahan yang dipamerkan terdapat dalam
pelbagai bahasa dan bidang. Disini mudah didapati
buku-buku keluaran luar Negara yang sukar didapati di
Negara kita. Penerbit-penerbit yang mengambil bahagian
juga terdiri daripada syarikat- syarikat ternama antara
bangsa seperti Pearson, Penguin, John Wiley, Oxford
University Press dan Iain-lain. Persembahan pameran
oleh syarikat-syarikat tersebut amat menarik, moden dan
canggih. Terdapat juga penerbit-penerbit yang
mengeluarkan buku-buku ilmiah yang sukar didapati di
Negara kita mempamerkan penerbitan mereka.
Jan-Jun
2012