Page 8 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

Info Pengurusan
LAWATAN KERJA PPAT KE UMP, PPAS, PETRONAS RESOURCE CENTER, BERNAMA
DAN KNOWLEDGE MANAGEMENT CENTRE BANK NEGARA MALAYSIA
Seramai 20 orang warga kerja PPAT yang terdiri
daripada Pustakawan dan Penolong Pustakawan
telah berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke
beberapa buah perpustakaan yang terdiri daripada
perpustakaan akademik, awam dan khusus pada
tanggal 17 hingga 19 Januari 2012 yang lalu. Tujuan
lawatan ini diadakan adalah untuk memberi
pendedahan kepada barisan baru Penolong Pegawai
Perpustakaan disamping menjadi penanda aras bagi
mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan PPAT.
Pada hari pertama lawatan, rombongan PPAT telah
dibawa melawat ke Universiti Malaysia Pahang
(UMP) yang terletak di Gambang. Ketibaan ahli
rombongan telah disambut oleh Ketua Pustakawan
UMP iaitu Tuan Haji Roslan bin Che Pee dan disusuli
dengan taklimat ringkas mengenai perpustakaan
UMP oleh Encik Dzul Zabarod bin Ahmad. Sejurus
selesai sesi tersebut, peserta lawatan telah dibawa
melawat sekitar perpustakaan dan bersurai kira-kira
jam 4.30 petang.
Hari Kedua, Rombongan lawatan telah dibawa
meninjau ke Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU)
yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.
Perpustakaan yang baru, cantik dan serba lengkap
ini telah menelan kos sebanyak RM 70 juta dan
merupakan perpustakaan awam yang paling moden
dan canggih di Malaysia. Ketibaan rombongan pada
jam 9.30 pagi telah disambut dengan sesi taklimat
yang telah disampaikan oleh Puan Juliana Es binti
Munawir dan disusuli dengan tayangan 3 buah video
mengenai perpustakaan RATU. Selain daripada
melawat persekitaran dalaman perpustakaan, para
peserta tidak melepaskan peluang menonton
tayangan filem 3D di Mini 3D Theater dan mencuba
XD Theater yang begitu menarik dan mendebarkan.
Sejurus selepas itu, rombongan PPAT bergerak pula ke
Petronas Resource Center (PRC), KLCC dan
berpeluang meninjau pula perkembangan perpustakaan
khusus ini. Ketibaan peserta telah disambut oleh
Pengarah PRC, Encik Azahar bin M.Noor manakala
untuk sesi taklimat ianya telah disampaikan oleh Encik
Ibrahim bin Mohd. Di dalam taklimat ini, peserta telah
diberi penerangan mengenai operasi dan fungsi PRC
kepada kakitangan PETRONAS dan juga golongan
penyelidik. Selain dari sesi taklimat, para peserta juga
berpeluang melawat tempat-tempat menarik sekitar
PRC.
Pada hari terakhir, peserta lawatan telah dibawa
berkunjung ke 2 buah lagi perpustakaan khusus iaitu
Perpustakaan BERNAMA dan Knowledge Management
Centre (KMC), Bank Negara Malaysia. Di BERNAMA,
rombongan telah disambut dan diberi penerangan oleh
Puan Hajah Hasnita bin Haji Ibrahim, Pengurus Pusat
Maklumat dan Perpustakaan BERNAMA manakala di
KMC, taklimatnya telah disampaikan oleh Puan
Masyitah binti Md. Isa, Pengurus Pengurusan Sumber.
Sebagaimana rutin lawatan sebelum ini, semua peserta
telah diberi penerangan mengenai operasi dan
perkhidmatan kedua-dua perpustakaan khusus ini dan
dibawa melawat ke persekitaran perpustakaan.
Jan-Jun
2012