Info Rangkaian
HARI TERBUKA PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK. MATANG, HULU TERENGGANU
Sempena Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APSSC)
Peringkat Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Matang,
Hulu Terengganu telah terpilih mewakili Negeri Terengganu bagi
kategori sekolah menengah untuk penilaian anugerah tersebut.
Pihak sekolah telah mengambil kesempatan untuk mengadakan
Hari Terbuka Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang melibatkan
agensi kerajaan dan NGO sempena penilaian anugerah ini pada
23 Mac 2012. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji
Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu.
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu (PADHT) turut
dijemput untuk mengadakan pameran. Antara aktiviti lain yang
diadakan iaiah membuka kaunter pendaftaran keahlian, pameran
majalah dan peraduan teka muka surat buku. Seramai 89 orang
pelajar dan guru sekolah telah mendaftar sebagai ahli
perpustakaan.
Perpustakaan Awam
Daerah
(PAD) Setiu
telah
menganjurkan demonstrasi membuat kek cawan atau
cupcake pada 30 Jun 2012 bertempat di Dewan PAD Setiu.
Demonstrasi ini telah dikendalikan oleh Cik Asiah bt
Abdullah, lulusan Ijazah Sarjana Muda Hotel dan Restoran
dari Kuala Lumpur Metropolitan University. Program ini
bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan
seramai 30 orang peserta telah menyertai demonstrasi ini
yang terdiri daripada golongan suri rumah. Antara objektif
aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan
kemahiran kepada para peserta berkaitan dengan senihias
cupcakes serta mengeratkan silaturrahim. Kebanyakan para
peserta menunjukkan minat dan kreativiti masing-masing
dalam menghias cupcake. Diakhir program ini, para peserta
dibenarkan untuk membawa pulang cupcake yang telah
mereka hias.
DEMONSTRASI MEMBUAT
CUPCAKE
Jan-Jun
2012