Info Rangkaian
HARI KOPERASI SMK MATANQ, -
HULU TERENGGANU
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu (PADHT)
telah mengadakan aktiviti galak guna perpustakaan
bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang,
bersempena dengan Hari Koperasi Sekolah tersebut pada 27
Jun 2012. Sebilangan pelajar telah menyertai pelbagai
permainan seperti karom, catur, sahibba serta dam ular
gergasi yang dibawa khas diatas permintaan pihak sekolah.
Permainan yang diadakan secara berkumpulan tersebut
telah dibantu oleh warga PADHT dan kakitangan
Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia. Selain
itu, kaunter pendaftaran ahli bagi Perpustakaan Desa
Kampung Matang turut disediakan dan seramai 66 orang
guru dan pelajar telah mendaftar menjadi ahli dan membuat
pinjaman buku pada hari tersebut.
Safriifi-ir I'ylud-jh Baliijiir
O-ira
Ari-j I'Jluslirn
d i P e r p u s t a k a a n A w a m P e h a n K e r t e h
Seminar Mudah Belajar Cara Ana Muslim turut diadakan di Perpustakaan Awam Pekan Kerteh pada 12 Mei
2012 di Dewan Sivik Pekan Kerteh dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 4.30 petang. Seramai 81 orang pelajar
sekolah menengah dan sekolah rendah menyertai seminar tersebut yang mana telah dikendalikan
sepenuhnya oleh Cikgu Mohd Razali bin Kamarudin. Seminar ini diadakan bagi memberi pendedahan
kepada pelajar-pelajar cara belajar dengan menggunakan teknik yang betui disamping membantu
pelajar-pelajar memahami dan menguasai sesuatu isi pelajaran dengan berkesan. Sekaligus membantu
mereka menjawab soalan dengan tepat dan mampu memperoleh markah yang tinggi.
Jan-Jun
2012