Info Rangkaian
PROGRAMSAM
j
EUTANSATy©IKAP
% m . i c y A L A
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu (PADHT) telah menyertai Majlis Sambutan Satu Dekad
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong pada 27 Jun 2012. Sempena majlis tersebut, PADHT telah
mengadakan pameran perkhidmatan perpustakaan, pameran bas Perpustakaan Bergerak, kaunter
pendaftaran ahli serta pinjaman buku-buku yang dipamerkan. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta turut
menyertai sambutan bersempena dengan sambutan ulang tahun sekolah tersebut. Majlis Perasmian Satu
Dekad SMK Kuala Telemong telah disempurnakan oleh Yang Dipertua DUN, Y.B.M. Dato’ Tengku Putera bin
Tengku Awang diiringi Pengetua sekolah To’ Puan Hajah Rahmah binti Ahmad.
Aktiviti Melukis dan mewarna merupakan salah satu daripada aktiviti yang mampu memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak. Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti
seni dan kreatif akan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di
dalam lukisan. Justeru itu, Sempena musim cuti sekolah Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah
mengadakan Bengkel Melukis Dan Mewarna untuk kanak-kanak berusia dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun.
Seramai 45 orang kanak-kanak telah menyertai bengkel yang dikendalikan oleh Enoik Mohd. Rofi bin Noordin,
seorang pengiat seni Daerah Kemaman. Para peserta telah diajar cara melukis dan mewarna dengan betui
dan mudah. Selain itu, mereka juga diberikan tips untuk mewarna menggunakan pelbagai media dan teknik
untuk membezakan warna dengan betul.
Jan-Jun
2012