Page 11 - SALAM JAN JUN 2013

Basic HTML Version

Info
Bengkel & Kursus
BENGKEL
PENGURUSAN RISIKO
Pada tanggal 5 hingga 7 Februari 2013 pihak SDK Negeri Terengganu dengan kerjasama MAMPU telah
menganjurkan Bengkel Pengurusan Risiko bagi Agensi Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu yang melibatkan
Pejabat SDK, Pejabat Tanah dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun Negeri.
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu turut tidak ketinggalan mengliantar 6 orang pegawai ke bengkel
tersebut. Bertempat di Hotel Primula, bengkel selama 3 hari ini telah dibimbing oleh pegawai-pegawai MAMPU dan
berpandukan kepada 3 modul utama:-
Modul I Latar belakang Agensi
- Polisi Pengurusan Risiko Agensi
Modul II Senarai Insiden Risiko
- Kebarangkalian dan Impak Insiden Risiko
- Tahap Risiko Bagi Setiap Insiden Risiko
Modul III Strategi Kawalan Risiko iaitu tindakan pencegahan dan mitigasi bagi insiden-insiden risiko diluar Had
Penerimaan Risiko Agensi
Ketiga-tiga dokumen ini kemudiannya didokumentasikan sebagai Dokumen Pengurusan Risiko Agensi sebagai asas
kepada pelan bertindak agensi kepada halangan-halangan yang mampu menjejaskan sistem penyampaian
perkhidmatannya.
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu