©
c/5
Sepanjang bulan Januari hingga bulan Mei 2013, Bahagian Pengurusan dan
Pembangunan Koleksi telah berjaya menganjurkan 18 Kursus Asas Pengurusan
Perpustakaan yang melibatkan sekolah rendah dan menengah di seluruh Negeri
Terengganu. Antara modul yang diajar dalam kursus ini iaiah tatacara kerja
sebagai pengawas pusat sumber sekolah, perolehan sumber perpustakaan,
mengkatalog, mengelas dan proses teknik. Para peserta turut diberi latihan dan
kuiz untuk memberi lebili pemaliaman tentang proses mengkatalog bahan. Di
akhir kursus, diadakan juga orientasi perpustakaan bagi mendedahkan para
peserta kepada perkhidmatan yang disediakan oleh PPAT.
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu