Page 16 - SALAM JAN JUN 2013

Basic HTML Version

Info Rangkaian
Peringkat Daerah Dungun
Pesta Buku & Novel 2013 Peringkat Daerah Dungun
telah berlangsung pada 3-9 Februari 2013 bertempat di
Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Sempena pesta
buku tersebut, satu majlis perasmian telah diadakan
pada 3 Februari 2013. IVIajlis perasmian tersebut telah
disempurnakan oleh Encik Mohd Yusri bin Che Hashim,
Penolong
Pegawai
Pelajaran
Daerah
Dungun,
Pengurusan
Kurikulum Teknik
dan
Vokasional.
Jemputan yang hadir terdiri daripada guru-guru sekitar
Daerah Dungun dan juga wakil-wakil jabatan.
i J t e c D s c x a i i g
IBsOTOiCQa III11B3 0 0D 2
Sebagai menghargai sokongan yang diberikan oleh
pengguna, Perpustakaan Awam Pekan Jerteh teleh
mengadakan Anugerah
Keluarga Aktif sebagai
anugerah tahunan
untuk disampaikan
kepada
pengguna yang terpilih. Pemenang anugerah ini dinilai
berdasarkan jum lah pinjaman buku yang dipinjam
sepanjang tahun 2012 dan kekerapan bilangan
pinjaman buku. Selain itu, disiplin yang ditunjukkan
dalam mematuhi segala peraturan perpustakaan juga
turut diambil kira dalam menentukan pemenang.
Pemenang juga sentiasa bergiat aktif di dalam setiap
aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan. Pemenang
Anugerah Keluarga Aktif 2012 ini telah dimenangi oleh
En. Ezani bin Mohd Zain sekeluarga. Tahniah diucapkan
kepada pemenang.
Berminat...Kanak-kanak menyertai pertandingan melukis
Program "Cakna Perpustakaan"
di Perpustakaan Desa Kampung
Seberang Tayur
Perpustakaan Desa Kg. Seberang Tayur Hulu telah
menjayakan satu program “Cakna Perpustakaan” iaitu
kunjungan menabur bakti, muafakat gotong royong
masyarakat terhadap Perpustakaan Desa pada 27 Jan
2013. Pelbagai
aktiviti gotong-royong seperti
membersih, memunggah buku-buku yang rosak dan
memasang rak-rak buku yang berlumpur disebabkan
banjir yang melanda PD tersebut pada 25 Disember
2012. Pelbagai aktiviti Perpustakaan turut diadakan
semasa
gotong
royong
berjalan
diantaranya
Pertandingan Mewarna kanak-kanak Tadika KEMAS
seramai 30 orang, Cabutan bertuah dan Kuiz spontan
sempena sambutan Maulidur Rasul 1434H/ 2013M.
Perpustakaan Desa Kg. Seberang Tayur telah
menerima sumbangan sebuah komputer meja dan buku
terbitan DBP serta penyerahan pakaian kepada
Pengerusi JKKK Kampung Seberang Tayur Hulu yang
telah disampaikan Presiden Majlis Belia dan Sukan
Negeri Sembilan, Puan Salwati binti Abdullah semasa
majlis penutup tersebut.