Page 17 - SALAM JAN JUN 2013

Basic HTML Version

Info Rangkaian
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul
1434H/2013M,
Perpustakaan
Awam
Daerah
Kemaman telah mengadakan satu Pertandingan
Mendeklamasi Sajak yang berkisahkan sirah Nabi
Muhammad S.A.W. pada 31 Januari 2013, bertempat
di Dewan llmu Perpustakaan Awam Daerah
Kemaman. Seramai 9 orang peserta telah mengambil
bahagian mendeklamasikan sajak mereka secara
penghafalan dihadapan pelajar sekolah dan hadirin
seramai 40 orang. Pendeklamasi pertandingan
tersebut telah dimenangi oleh adik Nur Jannah binti
Zuhakhar dari Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman.
Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah
dilakukan oleh Encik Tajul Abidin bin Abdullah,
Bahagian Pengurusan Murid,
mewakili Pegawai
Pelajaran Daerah Kemaman.
Ceramah Sempena
i/JijuJjiijjx
141^4 liijsM
Satu ceramah sempena Maulidur Rasul 1434H telah
diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Daerah
Marang pada 6 Februari 2013. Ceramah yang
bertajuk "Nilai Wasatiyyah Dalam Pekerjaan" ini telah
disampaikan oleh Ustaz Yusof Bin Salleh dari Pejabat
Agama Terengganu. Seramai 80 orang jemputan
yang terdiri daripada kakitangan pelbagai jabatan dan
juga kakitangan Perpustakaan Desa di Daerah
Marang turut hadir pada majlis tersebut.
Sijil Perakuan Bomba
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu
Bertempat di perkarangan Balai Bomba dan
Penyelamat Kuala Terengganu, Perpustakaan Awam
Daerah Hulu Terengganu telah menerima sijil
perakuan bomba bersempena dengan perbarisan
tahunan 2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia Negeri Terengganu pada 6 Februari 2013
yang lalu. Majlis penyampaian sijil tersebut telah
disampaikan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu iaitu Tuan
Md. Salleh bin Sarbini kepada Puan Rohani bt.
Draman
yang
mewakili
Penolong
Pegawai
Perpustakaan, Perpustakaan Awam Daerah Hulu
Terengganu.
to
o
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
trglib.gov.my