Page 19 - SALAM JAN JUN 2013

Basic HTML Version

Program
"Permata Perpustakaan"
Kanak-kanak adalah permata negara, selain mengeja,
membaca dan mengira, pendidikan awal kanak-kanak
berfokuskan kepada pembelajaran melalui penerokaan
dan pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak itu
sendiri. Salah satu usaha yang dilakukan oleh
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman bagi menanam
minat membaca serta galakan seawal usia kanak-kanak
sehingga ke peringkat dewasa dan terus mengunjungi
Perpustakaan iaiah dengan mengadakan satu program
yang dinamakan “Permata Perpustakaan” yang telah
diadakan pada 14 Februari 2013 dengan kerjasama
Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
Daerah Kemaman. Seramai 115 orang pelajar Tabika
Perpaduan bersama dengan 12 orang guru pengiring,
telah mengikuti program tersebut. Diantara aktiviti yang
diadakan bersempena dengan program ini iaiah Mari
Mengenal Buku, Mari Membaca, Mari Bercerita,
Persembahan Kraftangan, Persembahan Boneka dan
Lawatan
khas
kanak-kanak
ke
Perkhidmatan
Perpustakaan Bergerak.
Info Rangkaian
Kursus
Penyelenggaraan e-Book
Perpustakaan Awam Pekan Kerteh dengan kerjasama
Kolej Komuniti Kijal telah mengadakan Kursus
Penyelenggaraan e-Book kepada pelajar-pelajar tahun
5 dan tahun 6 pada 23 Februari 2013 (Sabtu). Kursus ini
diadakan
bagi
memberi
pendedahan
kepada
pelajar-pelajar mengenai cara penjagaan e-Book yang
betui, mengatasi kerosakan kecil dan memperkenalkan
peralatan asas untuk pembaikian e-Book. Ceramah ini
telah disampaikan oleh Encik Mohd Afzan bin Abdullah
dan seramai 35 orang pelajar telah menyertai kursus
tersebut.
Kursus
Pengurusan Perpustakaan
P a d a 20 Februari 2013, Perpustakaan Awam Daerah
Besut telah mengadakan
Kursus Pengurusan
Perpustakaan kepada 40 orang pelajar Sekolah
Menengah Tengku Mahmud 2 yang terdiri daripada
Pengawas Perpustakaan. Kursus ini adalah bertujuan
untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada
Pengawas
Perpustakaan
tentang
jenis-jenis
perpustakaan yang ada di Malaysia dan peranan
mereka sebagai pelajar yang cemerlang di peringkat
sekolah.
to
o
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
trglib.gov.my