Page 20 - SALAM JAN JUN 2013

Basic HTML Version

Info Rangkaian
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan
kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu
telah
menganjurkan
program
Jom
Sihat di
Perpustakaan pada 27 Februari 2013. Objektif utama
program ini diadakan adalah bagi memupuk
kakitangan perpustakaan dan masyarakat supaya
sentiasa menitikberatkan kesihatan. Beberapa aktiviti
turut
dijalankan
antaranya
iaiah
senamrobik,
pertandingan mewarna buah-buahan, pertandingan
menu sihat, pemeriksaan dan pameran kesihatan serta
cabutan nombor bertuah. Majlis penyampaian hadiah
kepada pemenang telah disampaikan oleh Puan
Norhazwani binti Abd. Razak iaitu Pegawai Zat
Pemakanan dari Klinik Kesihatan Daerah Hulu
Terengganu.
DI Perpustakaan
K em Akademik Ekonomi Penggal 2 Daerah Marang
adalah satu program kerjasama antara Pejabat Pelajaran
Daerah Marang dan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
Marang dan juga Perpustakaan Awam Daerah Marang.
Program ini telah diadakan pada 9 Mac 2013. Seramai
180 peserta terdiri daripada pelbagai sekolah menengah
di Daerah Marang terlibat. Penceramah adalah Puan
Zainoon binti Othman, guru SMK Tg. Bariah. Pihak
Perpustakaan juga turut mempromosikan perkhidmatan
yang ada dan juga mengadakan pameran buku serta
mempromosikan bahan-bahan yang bersesuaian dengan
program.
Pada 16 Mac 2013, Perpustakaan Awam Pekan Kerteh
dengan kerjasama Kolej Komuniti Kijal telah
mengadakan Kursus Membina Laman Blog. Kursus ini
melibatkan seramai 30 orang pelajar yang terdiri
daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Tujuan
kursus
ini
diadakan
adalah
untuk
memberi
pengetahuan dan pendedahan kepada peiajar-peiajar
tentang kepentingan laman blog. Di samping itu, ianya
sangat berguna dalam pencarian sesuatu makiumat.
Kursus ini telah disampaikan oleh seorang kakitangan
Kolej Komuniti Kijal iaitu Encik Mohd Afizan bin
Abdullah.
______
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu