Page 11 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Pengurusan
Salam Januari - Jun 2014
m
LAWATAN KE
NATIONAL LIBRARY AND
DIGITAL LIBRARY OF KOREA
Di dalam menuju ke arah memajukan perpustakaan digital,
PPAT telah menganjurkan satu lawatan ke National Library
dan Digital Library di Seoul, Korea Selatan bagi melihat
sendiri kemajuan yang telah dikecapi oleh masyarakat disana
pada 18 hingga 22 Mei 2014. Lawatan anjuran PPAT ini
melibatkan seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada
ahli Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan para
pegawai PPAT.
Ahli rombongan telah bertolak daripada KLIA pada 18 Mei
2014 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon,
Seoul pada keesokkan harinya. Setibanya disana, ahli
rombongan telah di sambut oleh pemandu pelancong yang
dilantik dan dibawa melawat tempat-tempat bersejarah
sekitar bandaraya Seoul seperti Kyongbok Palace,
Presidental Blue House, National Folk Museum, Bukchon
Hanok Village dan juga Insadong yang merupakan kawasan
menempatkan barangan berunsur kebudayaan Korea
Selatan. Setelah dibawa melawat ke tempat-tempat tersebut,
rombongan dibawa ke Hotel Nostalgia yang merupakan
tempat penginapan rasmi sepanjang lawatan kerja ini
berlangsung.
Selepas itu, kami dibawa melawat ke Seoul Metropolitan
Library iaitu sebuah perpustakaan awam yang diubahsuai
daripada Dewan Bandaraya Seoul. Bangunan bersejarah ini
telah dibina pada tahun 1926 dan ianya menjadi simbol
warisan sejarah bagi warga Seoul. Menawarkan kira-kira
200,000 buah buku, perpustakaan ini menjadi nadi maklumat
dan pengetahuan bagi warga Seoul disamping menjadi
perpustakaan awam utama di kalangan 320 buah
perpustakaan lain di Korea. Lawatan ke luar negara tidak akan
lengkap tanpa membawa pulang ole-ole dan cenderahati
kenangan untuk rakan dan sanak saudara di tanahair. Selepas
lawatan perpustakaan, rombongan dibawa ke kilang ginseng,
kedai barangan kosmetik dan juga dibawa membeli belah
barangan tekstil di Kwangjung Market dan barangan
cenderahati di Dongdaemon Market.
Pada hari keempat, kami berpeluang mengunjungi kedai
Amethyst, rumpai laut dan herba yang terkenal di Korea dan
berkesempatan singgah di kawasan Myeong Dong yang
dikenali sebagai pusat fesyen di Korea selepas menunaikan
solat di Seoul International Mosque.
Sebelum berangkat pulang pada 22 Mei 2014, kami
bersarapan mee Undon iaitu makanan tradisional masyarakat
Korea disalah sebuah pusat membeli belah di kawasan
Incheon dan menghabiskan detik-detik terakhir sebelum ke
lapangan terbang untuk berlepas pulang ke tanah air.
Kesimpulannya, lawatan kerja ini berjaya memberi
pendedahan dan pengalaman baharu kepada kami semua
dalam memperkasa perkhidmatan perpustakaan terutamanya
input terkini dalam dunia digital yang dilihat semakin menjadi
keperluan dalam dunia kepustakawanan.
Pada hari ketiga, rombongan telah dibawa melawat ke
National Library of Seoul iaitu perpustakaan negara Korea
dan berkesempatan untuk meninjau sendiri kemajuan
perpustakaan negara tersebut. Ditubuhkan sekitar 1945,
perpustakaan ini berperanan mengumpul dan memelihara
warisan kebudayaan dan intelektual Korea, menerbitkan
bibliografi nasional, menyeragamkan data bibliografi
disamping bekerjasama dengan perpustakaan-perpustakaan
lain dalam mempromosi tatacara ^ a n f biTdaya hidup
orang-orang Korea di peringkat dalam mahupun luar negara.
Sebagai hub maklumat dan pengetahuan yang utama di
Korea, perpustakaan ini menawarkan pelbagai maklumat dan
kemudahan untuk digunakan oleh masyarakat setempat dan
juga para pelancong. Berkongsi dalam bangunan yang sama,
rombongan turut dibawa melawat Digital Library of Korea
atau lebih dikenali sebagai Dibrary. Di sini, kecanggihan
dunia IT dan digital Korea amat terserlah dan ianya
menawarkan teknologi terkini yang begitu menarik dan
menakjubkan. Penggunaan komputer secara meluas dapat
dilihat di merata ceruk perpustakaan ini dan ianya memberi
satu pengalaman baharu kepada kami semua.