Page 10 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Pengurusan
Salam Januari - Jun 2014
m
SEMINAR “POWER YOUR ENGLISH”
Satu seminar yang dinamakan “Power Your English” telah diadakan pada 5 Mei 2014. Seminar ini adalah hasil usahasama di
antara PPAT dan LEKOR Toastmasters Club Terengganu. Kelab ini merupakan rangkaian kepada Toastmaster International iaitu
sebuah badan ulung dunia dalam pembangunan komunikasi dan kepimpinan. Badan pendidikan yang tidak berasaskan
keuntungan ini telah membantu lebih 4 juta individu dari seluruh dunia untuk tampil yakin dalam berkomunikasi menggunakan
perantaraan bahasa inggeris dihadapan khalayak. Seminar ini telah dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Yang Berbahagia To’
Puan Sea Shin Tyun, Pengerusi LEKOR Toastmasters Club Terengganu dan disusuli dengan penyampaian ceramah oleh ahli
-ahli panel jemputan iaitu Puan Lim Lay Kun dan Puan Leong Oi Wah. Kedua-dua ahli panel ini membentangkan perihal
pengalaman mereka dalam mengatasi masalah berkomunikasi dalam bahasa inggeris dan penglibatan serius mereka dalam
Toastmaster. Seminar ini telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada pustakawan dan profesional
maklumat, guru, pelajar dan juga kakitangan dari jabatan dan institusi pengajian tinggi sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.
salam
06