Page 9 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Pengurusan
Salam Januari - Jun 2014
m
PEMILIHAN BAHAN BACAAN
Dl PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014
Bertemakan ’Buku : Menjana Kepintaran Kreatif, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 kembali menemui para
pencinta ilmu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 April hingga 4 Mei 2014. Dalam usaha memantapkan lagi koleksi
bahan-bahan bacaan yang sedia ada, PPAT turut menghantar seramai 13 orang warga kerjanya yang terdiri daripada pegawai
dan kakitangan sokongan membuat pemilihan buku dan Iain-lain bahan bacaan. Sebagaimana iazim, Pesta Buku yang diadakan
ini mengumpulkan ramai penerbit-penerbit buku dari dalam serta luar negara dan menjadi tumpuan khalayak mendapatkan
buku-buku dan Iain-lain keperluan pembacaan mereka. Orang ramai bukan sahaja boleh mendapatkan buku-buku terkini
bahkan dapat menikmati potongan harga yang berpatutan keatas setiap buku dan bahan-bahan bacaan lain di Pesta Buku ini.