Info Pengurusan
Salam Januari - Jun 2014
INTERNATIONAL DIGITAL LIBRARY CONFERENCE
Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan
International Digital Library Conference pada 8 hingga 10 April 2014 bertempat di The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.
Dengan tema ‘ Preserving and sharing Digital Resources Through Co-operation and Collabration’, persidangan kali ini telah
mengumpulkan ramai pustakawan professional, ahli-ahli akademik dan juga pakar IT dari seluruh dunia dalam berkongsi
pendapat, idea dan pengetahuan berkaitan dengan dunia IT serta perpustakaan digital yang dibangunkan di negara
masing-masing.
Persidangan selama 3 hari ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) turut tidak ketinggalan
menghantar seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada Yang Berbahagia Dato’ Pengarah dan 5 orang pustakawan yang
mewakili bahagian dan unit utama di PPAT.
Selain daripada persidangan untuk hari pertama dan kedua, para delegasi juga turut berpeluang mengikuti beberapa siri
bengkel yang diadakan pada hari ketiga disamping melihat pameran terkini beberapa peralatan dan teknologi digital terkini
bagi perpustakaan yang diadakan diluardewan persidangan.
Peluang mengikuti persidangan seumpama ini adalah merupakan satu pengalaman yang berguna kepada para pustakawan
sebagai langkah menangani isu dan cabaran alaf baru dan sewajarnya ia dijadikan panduan bagi mempersiapkan diri
melangkah ke dunia perpustakaan digital yang kini makin meluas penggunaannya.